Dasar Penyenaraian
EduFind membantu ibu bapa mencari tadika, pusat tuisyen dan kelas untuk anak. Halaman ini menerangkan dari mana maklumat direktori kami datang, dan apa pilihan anda sebagai pemilik.
Dari mana maklumat datang
- Pemilik sendiri — listing yang dituntut atau didaftarkan oleh pemilik, bertanda ✓ Disahkan.
- Senarai awam — sebahagian listing dimulakan daripada senarai yang diterbitkan untuk umum, seperti Senarai Tadika Swasta Berdaftar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan OpenStreetMap. Listing ini bertanda Belum disahkan sehingga pemiliknya menuntut listing tersebut.
Untuk listing daripada senarai awam, kami hanya memaparkan maklumat asas perniagaan: nama, alamat dan nombor telefon. Kami tidak menggunakan gambar, logo atau tulisan milik tadika tanpa kebenaran — sebaliknya kami memaparkan grafik EduFind yang jelas bukan gambar premis.
Penyenaraian asas adalah percuma
EduFind tidak mengenakan bayaran untuk penyenaraian asas, dan tidak membayar sebarang pihak untuk disenaraikan. Pakej promosi (seperti "Featured") adalah pilihan dan hanya untuk pemilik yang telah menuntut listing.
Pilihan anda sebagai pemilik
- Tuntut listing — percuma. Kemas kini gambar, yuran, waktu operasi dan program, serta terima pertanyaan ibu bapa terus kepada anda.
- Betulkan maklumat — laporkan maklumat yang salah atau lapuk melalui pautan "Laporkan maklumat salah" pada listing.
- Buang listing — pilih "Saya pemilik — buang listing ini" pada borang yang sama. Kami akan menghubungi anda untuk pengesahan dan membuang listing dalam masa 7 hari. Listing yang dibuang tidak akan dimasukkan semula apabila kami mengemas kini data daripada senarai awam.
Data peribadi
Jika nombor telefon yang dipaparkan ialah nombor peribadi dan anda mahu ia dibuang, gunakan borang yang sama dan kami akan membuangnya. Maklumat lanjut di Dasar Privasi kami.